Khamis, 17 November 2016

PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH 2016


Bertempatkan di Dewan Bestari KVDSMZ, Program Kecemerlangan Sahsiah telah dilaksanakan pada tarikh 23 Ogos 2016 pada jam 8.00 pagi sehimgga 10.00 pagi. Program tersebut bermula setelah semua pelajar berkumpul di Dewan Harmoni KVDSMZ pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan Slot ceramah. Program tamat pada jam 10.00 pagi.


            Program Kecemerlangan Sahsiah diharapkan menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat dan komitmen pelajar. Objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat kepada pelajar supaya tidak berputus asa untuk berusaha, lebih tekun belajar dan sentiasa berfikiran positif untuk mencapai kejayaan serta membantu pelajar mengubah sikap yang tidak baik.

0 Komen :