Selamat Datang

Pusat Sumber Sekolah Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin

Khamis, 19 Mac 2015

Selamat Tahun Baru 2015




Selamat Tahun Baru 2015
Semoga Dapat Menempuh Tahun Ini dengan Penuh Kejayaan. Amin.

Ikhlas Daripada Pengarang Blog Pusat Sumber Sekolah KVDSMZ


Rabu, 25 Februari 2015

Carta Organisasi PSS KVDSMZ 2015


Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber

Penasihat            :               Tn. Hj. Marzuki bin Kemi (Pengarah)
Pengerusi            :               En. Ramli bin Hj. Jaaman (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Penyelaras          :               Pn. Zawati binti Abd. Wahab

Ahli Jawatankuasa :

1.0   Pengurusan Perpustakaan

(a)    Perpustakaan
Pn. Nornazuha binti Awang (K)
Pn. Kusarah binti Mahyidin

(b)   NILAM
En. Mohd. Azizin bin Morad (K)
Pn. Wahida binti Mahmor
En. Iskandar Dzulkarnain bin Hasin

(c)    Bahan Bantu Belajar
Pn. Chua Me Ree (K)
Pn. Nurul Huda binti Muhamad

2.0   Pengurusan Bilik APD/Bilik Tayang
Tn. Hj. Saharin bin Barun (K)
Pn. Izan binti Ab. Rahman

3.0   Pengurusan Pusat Akses Kolej
En. Mazrishah bin Mat Sah (K)
Pn. Siti Hajar binti Din
Pn. Masmizana binti Mohd. Zain
Pn. Norimah binti Ahmad Ramly
Pn. Nurul Inzah binti Wahab


Khamis, 12 Februari 2015

Bilik Tayang KVDSMZ


PENGENALAN


Bilik Tayang Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin (KVDSMZ) adalah di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pemdidikan Malaysia telah menekankan tentang penggunaan media pengaran dan pembelajara. Justeru itu, bilik tayang yang serba lengkap dan menarik minat guru untuk memplebagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.


MATLAMAT


Bilik Tayang SMTDSMZ telah diwujudkan bagi tujuan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dengan penggunaan pelbagai media elekrtonik.


MOTO


TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI.

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

PENGENALAN


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)

Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.


Objektif

Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.


AKTIVITI NILAM 2010




Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dijalankan di SMT Datuk Seri Mohd Zin. Oleh itu, adalah dicadangkan agar satu program dilaksanakan bagi menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. Program ini dinamakan PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah disamping mendekati program-program anjuran kementerian atau PSPN negeri Melaka. Program ini juga diharapkan dapat membantu pelajar menerima pengiktirafan yang sesuai di peringkat negeri. Program ini juga merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah penyuburan tabiat membaca di kalangan pelajar.Anugerah NILAM & Khemah Membaca Kebangsaan 2010Tema : `Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Keberkesanan Pendidikan Cemerlang. Anugerah untuk mencari Tokoh NILAM Kebangsaan sedang berlangsung di Hotel Putra KL yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan bermula 20 April. Pada 21 April pula, peserta Khemah Membaca Kebangsaan akan turut serta bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah diatur rapi. Di harap semua perancangan mengikut ketetapan jadual dan sentiasa di bawah lindungan Nya

Pada 1995, UNESCO mengumumkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dan Hakcipta. Sambutan hari tersebut diadakan di seluruh dunia sebagai tanda kebebasan bersuara dan signifikasi literasi. Idea sambutan ini timbul di Catalonia pada 23 April, hari Saint George, di mana secara tradisi sekuntum bunga ros akan diberikan sebagai hadiah untuk setiap buku yang terjual. Bunga ros merupakan satu simbol kecintaan dan keindahan sebuah puisi.
Satu pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan agar pihak sekolah mengadakan aktiviti dengan tema yang berkaitan dengan buku, NILAM dan PSS tentunya. Diharap GPM menyediakan laporan untuk program yang telah dijalankan.

Perpustakaan Sekolah





MISI

Menjadi Pusat Penyebaran Maklumat Yang Bermanfaat Dan Terkini Di Dalam Era Globalisasi Serta Mengintegerasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Media Berteknologi Tinggi.


MOTO

Ke Arah Menyatukan Kepelbagaian Aliran Ilmu Di Dalam Satu Prasarana Informasi Berteknologi Tinggi.


PERATURAN PERPUSTAKAAN

SISTEM PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN SMTDSMZ
1. Mesti mempunyai kad pinjaman yang boleh dibeli di kaunter perpustakaan atau guru perpustakaan.
2. Kad tidak boleh dipindah milik
3. Jumlah pinjaman
4. Guru 3 buah
5. Pelajar 2 buah
6. Tempoh pinjaman
7. Guru – 2 minggu
8. Pelajar – 1 minggu
9. Pinjaman red spot
10. 24 jam untuk guru dan pelajar.
11. Waktu pinjaman dan pemulangan
12. Mengikut waktu penggunaan perpustakaan (8.00 pg – 5.00 ptg)
13. Mengikut jadual waktu penggunaan nilam
14. Pada waktu rehat


PERATURAN PINJAMAN
1. Peminjam perlu menjaga buku yang dipinjam.
2. Jika hilang, peminjam wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
3. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari “ tarikh pulang”. Jika lewat, tindakan akan diambil. Bayaran sebanyak rm 0.20 sen akan dikenakan untuk lewat sehari.
4. Tidak dibenarkan menconteng atau menghilangkan kandungan bahan yang dipinjam. Sekiranya ini berlaku, pelajar dikehendaki mengganti harga photostat untuk setiap muka surat.


DISIPLIN
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi di bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.


BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang hilang, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.


PAKAIAN
1. Pakaian mesti kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN UNTUK GURU

1. Guru-guru perlu mengisi BUKU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN semasa menggunakan perpustakaan.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik unit perkhidmatan PSS.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4. Sebarang peminjaman bahan buku atau bahan bukan buku perlu dibuat dengan pengawasan pengawas PSS yang bertugas atau guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik PSS

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN UNTUK GURU


1. Guru perlu mengisi BUKU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN semasa menggunakan perpustakaan.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik unit perkhidmatan PSS.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hati penggunaan.
4. Sebarang peminjaman bahan buku atau bahan bukan buku perlu dibuat dengan pengawasan pengawas PSS yang bertugas atau guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik PSS.

KEMUDAHAN DI PSS KVDSMZ
1. Akses internet
2. Penggunaan komputer
3. Laminate (sekeping rm 1.50)
4. Peminjaman bahan buku dan bukan buku
5. Bank soalan
6. Keratan akhbar majalah


Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)


MOTO
PENGGUNAAN BBM EFEKTIF DAN POSITIF

PENGENALAN
Bahan Bantu Mengajar KVDSMZ adalah di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan penggunaan BBM berasaskan pelbagai teknologi dalam proses pemgajaran dan pembelajran. Jusateru itu, BBM yang serba lengkap dan selesa akan menarik minat guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaan dan pembelajaran.

MATLAMAT

Bilik BBM KVDSMZ telah diwujudkan bagi tujuan melengkapkan proses pengajran dan pembelajaran supaya lebih berkesan denga penggunaan pelbagai bahan Bantu mengajar.

Pusat Akses

MOTO

TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BERWAWASAN


MATLAMAT

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

  • Meningkatkan masa penggunaan (contat hours) komputer oleh murid




OBJEKTIF


Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:



  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat

  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan

  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran


Apakah itu Pusat Akses Sekolah


Pusat Akses Sekoah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.



PERATURAN

  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah

  2. Hanya 10 ORANG PELAJAR dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.

  3. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan Pusat Akses untuk TUJUAN PEMBELAJARAN.

  4. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah pada waktu persekolahan dan pakaian kemas di luar waktu persekolahan

  5. Tidak dibenarkan mengadakan P&P di Pusat Akses.

  6. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

  7. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses sekolah.