Khamis, 17 November 2016

Program Coffee Corner Pemuafakatan Komuniti KVDSMZ 2016


Program Coffee corner 2016 telah dilaksanakan pada 7 April 2016 iaitu pada Khamis pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang bertempatkan di Dewan Tamar Kolej Kediaman KVDSMZ. Program ini bermula setelah ketibaan tetamu jemputan di Dewan Tamar dan ketibaan YB Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol dan dimulakan dengan kata aluan pengacara dan bacaan Doa. Majlis diteruskan dengan ucapan YB Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol dan tayangan video koprat dan halatuju KV oleh KPM. Seterusnya taklimat Tuan Pengarah bagi menyempurnakan majlis dan sesi soal jawab dan isu semasa. Majlis diakhiri dengan jamuan pada jam 4.30 petang dan program diakhiri pada jam 5.00 petang.

            Matlamat program ini ialah untuk mewujudkan kerjasama di samping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara warga kolej dengan komuniti setempat. Objektif program ini ialah untuk mengadakan hubungan silatulrahim antara warga kolej dengan komuniti setempat, menyatakan kalatuju sebenar tentang transformasi Kolej Vokasional dan bekerjasama mengatasi masalah disiplin pelajar-pelajar yang menyewa di luar kawasan kolej serta mengatasi disiplin para pelajar yang berada di masjid ketika program yang dianjurkan berlansung dan waktu solat Jumaat.

0 Komen :