Selamat Datang

Pusat Sumber Sekolah Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin

Selasa, 18 September 2018

Misi Merdeka Mobile Book Cafe ke KVDSMZ

Mobile Book Cafe telah mengadakan program bersama Unit Pusat Sumber dan Panitia Sejarah di KVDSMZ sempena sambutan bulan kemerdekaan pada 14 September 2018. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah teka silangkata kemerdekaan dan jualan buku.





Khamis, 17 November 2016

Program Coffee Corner Pemuafakatan Komuniti KVDSMZ 2016


Program Coffee corner 2016 telah dilaksanakan pada 7 April 2016 iaitu pada Khamis pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang bertempatkan di Dewan Tamar Kolej Kediaman KVDSMZ. Program ini bermula setelah ketibaan tetamu jemputan di Dewan Tamar dan ketibaan YB Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol dan dimulakan dengan kata aluan pengacara dan bacaan Doa. Majlis diteruskan dengan ucapan YB Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol dan tayangan video koprat dan halatuju KV oleh KPM. Seterusnya taklimat Tuan Pengarah bagi menyempurnakan majlis dan sesi soal jawab dan isu semasa. Majlis diakhiri dengan jamuan pada jam 4.30 petang dan program diakhiri pada jam 5.00 petang.

            Matlamat program ini ialah untuk mewujudkan kerjasama di samping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara warga kolej dengan komuniti setempat. Objektif program ini ialah untuk mengadakan hubungan silatulrahim antara warga kolej dengan komuniti setempat, menyatakan kalatuju sebenar tentang transformasi Kolej Vokasional dan bekerjasama mengatasi masalah disiplin pelajar-pelajar yang menyewa di luar kawasan kolej serta mengatasi disiplin para pelajar yang berada di masjid ketika program yang dianjurkan berlansung dan waktu solat Jumaat.

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME DAN MINGGU INOVASI, KEUSHAWANAN DAN KV SKILL 2016



Majlis Pelancaran sambutan sambutan bulan patriotism Dan Minggu Inovasi, Keushawanan dan KV Skill merupakan antara majlis yang wajib dilaksanakan setiap tahun. KVDSMZ juga tidak terkecuali daripada melaksanakan program ini.

Program ini dilaksanakan selama satu bulan. Antara aktiviti yang dilaksanakan semperna bulan patriotism adalah seperti Persembahan sajak kemerdekaan, Kempen Jalur Gemilang, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Kuiz sejarah, Pertandingan karikatur kemerdekaan dan banyak lagi. Aktiviti minggu inovasi pula adalah seperti Pertandingan Inovasi dan peertandingan Inovasi terbuka kolej & Gerai Jualan serta KV Skill.

Aturcara majlis pelancaran tersebut bermula pada 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Hamzah Bin Subuh dan Puan Baiha Binti Haron. Majlis diteruskan dengan Persembahan Sajak Kemerdekaan dan ucapan persamian daripada Tuan Haji Marzuki Bin Kemi iaitu pengarah KVDSMZ. Majlis diakhiri dengan Gimik pelancaran dan nyanyian lagu patriotism iaitu lagu Sehati Sejiwa, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. Majlis bersurai pada jam 9.15 pagi.

PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH 2016


Bertempatkan di Dewan Bestari KVDSMZ, Program Kecemerlangan Sahsiah telah dilaksanakan pada tarikh 23 Ogos 2016 pada jam 8.00 pagi sehimgga 10.00 pagi. Program tersebut bermula setelah semua pelajar berkumpul di Dewan Harmoni KVDSMZ pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan Slot ceramah. Program tamat pada jam 10.00 pagi.


            Program Kecemerlangan Sahsiah diharapkan menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat dan komitmen pelajar. Objektif program ini adalah untuk menyuntik semangat kepada pelajar supaya tidak berputus asa untuk berusaha, lebih tekun belajar dan sentiasa berfikiran positif untuk mencapai kejayaan serta membantu pelajar mengubah sikap yang tidak baik.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Ulangtahun Kelahiran Warga Kolej Kediaman KVDSMZ Tahun 2016


Pada hari Sabtu bertarikh 30 Julai 2016 bersamaan 25 Syawal, 1437H bertempat di Dewan Harmoni KVDSMZ telah diadakan jamuan hari raya aidilfitri dan hari ulangtahun kelahitan warga kolej kediaman KVDSMZ tahun 2016. Majlis tersebut berlansung selama 2 jam dan 15 minit iaitu bermula pada jam 8.45 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Majlis tersebut telah menjemput Puan Intan Irma & Puan Azizah dan sekeluarga untuk hadir ke jamuan hari raya dan ulangtahun kelahiran warga kolej kediaman KVDSMZ 2016. Majlis dimulakan dengan ketibaan Tetamu Khas atau VIP berserta ucapan Alu-aluan ketua Waden Kolej Kediaman KVDSMZ dan ucapan Pengarah KVDSMZ iaitu Tuan Haji Marzuki Bin Kemi.

Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar aspura iaitu pelajar asrama lelaki dan pelajar aspuri iaitu pelajar asrama perempuan berserta marhaban. Majlis disempurnakan dengan upacara memotong kek Hari Lahir Kolej Kediaman KVDSMZ yang dibuat oleh pengarah KVDSMZ dan Ketua Waden KVDSMZ. Pada jam 10.00 malam, Jamuan hari raya dan persembahan Santai di adakan sebagai penutup majlis. Majlis bersuai pada jam 11.00 malam.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jan'ie Kolej Kediaman KV Datuk Seri Mohd Zin 1437H


Ahli jawatankuasa kolej kediaman Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin melancarkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jan'ie Kolej Kediaman KVDSMZ 1437H pada 30 Jun 2016 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1437H iaitu pada hari khamis. Majlis tersebut bertempat di Surau dan Kolej Kediaman KVDSMZ dan berlansung pada 5.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.

            Majlis telah menjemput Pn Azizah dan Pn Intan Irma untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang berlansung pada 5.00 petang sehingga 6.00 petang. Pada jam 6.00 petang sehingga 7.20 malam telah diadakan program Selawat Nabi, Bacaan Yassin dan Tazkirah Ramadhan oleh Uztaz Mohd Shah Hafiz. Majlis diteruskan dengan Iftar Jam’ie dan solat MAghrib berjemaah dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan Kolej Kediaman.


            Majlis dilengkapi dengan Solat Isyak dan solat Tarawikh sebanyak lapan rakaat dan disertakan dengan solat witir yang bermula dari 8.30 malam dan berakhit pada 9.44 malam. Majlis diteruskan dengan jamuan Ringan atau lebih dikenali sebagai Moreh. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.