Khamis, 17 November 2016

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME DAN MINGGU INOVASI, KEUSHAWANAN DAN KV SKILL 2016



Majlis Pelancaran sambutan sambutan bulan patriotism Dan Minggu Inovasi, Keushawanan dan KV Skill merupakan antara majlis yang wajib dilaksanakan setiap tahun. KVDSMZ juga tidak terkecuali daripada melaksanakan program ini.

Program ini dilaksanakan selama satu bulan. Antara aktiviti yang dilaksanakan semperna bulan patriotism adalah seperti Persembahan sajak kemerdekaan, Kempen Jalur Gemilang, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Kuiz sejarah, Pertandingan karikatur kemerdekaan dan banyak lagi. Aktiviti minggu inovasi pula adalah seperti Pertandingan Inovasi dan peertandingan Inovasi terbuka kolej & Gerai Jualan serta KV Skill.

Aturcara majlis pelancaran tersebut bermula pada 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Hamzah Bin Subuh dan Puan Baiha Binti Haron. Majlis diteruskan dengan Persembahan Sajak Kemerdekaan dan ucapan persamian daripada Tuan Haji Marzuki Bin Kemi iaitu pengarah KVDSMZ. Majlis diakhiri dengan Gimik pelancaran dan nyanyian lagu patriotism iaitu lagu Sehati Sejiwa, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. Majlis bersurai pada jam 9.15 pagi.

0 Komen :