Khamis, 12 Februari 2015

Perpustakaan Sekolah





MISI

Menjadi Pusat Penyebaran Maklumat Yang Bermanfaat Dan Terkini Di Dalam Era Globalisasi Serta Mengintegerasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Media Berteknologi Tinggi.


MOTO

Ke Arah Menyatukan Kepelbagaian Aliran Ilmu Di Dalam Satu Prasarana Informasi Berteknologi Tinggi.


PERATURAN PERPUSTAKAAN

SISTEM PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN SMTDSMZ
1. Mesti mempunyai kad pinjaman yang boleh dibeli di kaunter perpustakaan atau guru perpustakaan.
2. Kad tidak boleh dipindah milik
3. Jumlah pinjaman
4. Guru 3 buah
5. Pelajar 2 buah
6. Tempoh pinjaman
7. Guru – 2 minggu
8. Pelajar – 1 minggu
9. Pinjaman red spot
10. 24 jam untuk guru dan pelajar.
11. Waktu pinjaman dan pemulangan
12. Mengikut waktu penggunaan perpustakaan (8.00 pg – 5.00 ptg)
13. Mengikut jadual waktu penggunaan nilam
14. Pada waktu rehat


PERATURAN PINJAMAN
1. Peminjam perlu menjaga buku yang dipinjam.
2. Jika hilang, peminjam wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
3. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari “ tarikh pulang”. Jika lewat, tindakan akan diambil. Bayaran sebanyak rm 0.20 sen akan dikenakan untuk lewat sehari.
4. Tidak dibenarkan menconteng atau menghilangkan kandungan bahan yang dipinjam. Sekiranya ini berlaku, pelajar dikehendaki mengganti harga photostat untuk setiap muka surat.


DISIPLIN
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi di bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.


BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang hilang, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.


PAKAIAN
1. Pakaian mesti kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN UNTUK GURU

1. Guru-guru perlu mengisi BUKU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN semasa menggunakan perpustakaan.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik unit perkhidmatan PSS.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4. Sebarang peminjaman bahan buku atau bahan bukan buku perlu dibuat dengan pengawasan pengawas PSS yang bertugas atau guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik PSS

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN UNTUK GURU


1. Guru perlu mengisi BUKU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN semasa menggunakan perpustakaan.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik unit perkhidmatan PSS.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hati penggunaan.
4. Sebarang peminjaman bahan buku atau bahan bukan buku perlu dibuat dengan pengawasan pengawas PSS yang bertugas atau guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik PSS.

KEMUDAHAN DI PSS KVDSMZ
1. Akses internet
2. Penggunaan komputer
3. Laminate (sekeping rm 1.50)
4. Peminjaman bahan buku dan bukan buku
5. Bank soalan
6. Keratan akhbar majalah


0 Komen :