Khamis, 17 November 2016

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jan'ie Kolej Kediaman KV Datuk Seri Mohd Zin 1437H


Ahli jawatankuasa kolej kediaman Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin melancarkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jan'ie Kolej Kediaman KVDSMZ 1437H pada 30 Jun 2016 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1437H iaitu pada hari khamis. Majlis tersebut bertempat di Surau dan Kolej Kediaman KVDSMZ dan berlansung pada 5.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.

            Majlis telah menjemput Pn Azizah dan Pn Intan Irma untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang berlansung pada 5.00 petang sehingga 6.00 petang. Pada jam 6.00 petang sehingga 7.20 malam telah diadakan program Selawat Nabi, Bacaan Yassin dan Tazkirah Ramadhan oleh Uztaz Mohd Shah Hafiz. Majlis diteruskan dengan Iftar Jam’ie dan solat MAghrib berjemaah dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan Kolej Kediaman.


            Majlis dilengkapi dengan Solat Isyak dan solat Tarawikh sebanyak lapan rakaat dan disertakan dengan solat witir yang bermula dari 8.30 malam dan berakhit pada 9.44 malam. Majlis diteruskan dengan jamuan Ringan atau lebih dikenali sebagai Moreh. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.

0 Komen :