Khamis, 12 Februari 2015

Pusat Akses

MOTO

TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BERWAWASAN


MATLAMAT

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

  • Meningkatkan masa penggunaan (contat hours) komputer oleh murid




OBJEKTIF


Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:



  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat

  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan

  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran


Apakah itu Pusat Akses Sekolah


Pusat Akses Sekoah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.



PERATURAN

  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah

  2. Hanya 10 ORANG PELAJAR dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.

  3. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan Pusat Akses untuk TUJUAN PEMBELAJARAN.

  4. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah pada waktu persekolahan dan pakaian kemas di luar waktu persekolahan

  5. Tidak dibenarkan mengadakan P&P di Pusat Akses.

  6. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

  7. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses sekolah.

0 Komen :