Khamis, 12 Februari 2015

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

PENGENALAN


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)

Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.


Objektif

Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.


AKTIVITI NILAM 2010




Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dijalankan di SMT Datuk Seri Mohd Zin. Oleh itu, adalah dicadangkan agar satu program dilaksanakan bagi menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. Program ini dinamakan PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah disamping mendekati program-program anjuran kementerian atau PSPN negeri Melaka. Program ini juga diharapkan dapat membantu pelajar menerima pengiktirafan yang sesuai di peringkat negeri. Program ini juga merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah penyuburan tabiat membaca di kalangan pelajar.Anugerah NILAM & Khemah Membaca Kebangsaan 2010Tema : `Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Keberkesanan Pendidikan Cemerlang. Anugerah untuk mencari Tokoh NILAM Kebangsaan sedang berlangsung di Hotel Putra KL yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan bermula 20 April. Pada 21 April pula, peserta Khemah Membaca Kebangsaan akan turut serta bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah diatur rapi. Di harap semua perancangan mengikut ketetapan jadual dan sentiasa di bawah lindungan Nya

Pada 1995, UNESCO mengumumkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dan Hakcipta. Sambutan hari tersebut diadakan di seluruh dunia sebagai tanda kebebasan bersuara dan signifikasi literasi. Idea sambutan ini timbul di Catalonia pada 23 April, hari Saint George, di mana secara tradisi sekuntum bunga ros akan diberikan sebagai hadiah untuk setiap buku yang terjual. Bunga ros merupakan satu simbol kecintaan dan keindahan sebuah puisi.
Satu pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan agar pihak sekolah mengadakan aktiviti dengan tema yang berkaitan dengan buku, NILAM dan PSS tentunya. Diharap GPM menyediakan laporan untuk program yang telah dijalankan.

0 Komen :