Selamat Datang

Pusat Sumber Sekolah Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin

Khamis, 17 November 2016

Program Ihya Ramadhan KVDSMZ Tahun 2016

     

Majlis perasmian penutup program IIhya Ramadhan, Majlis katham Al-Quran dan Penyampaian sumbangan hari raya 2016 telah dibuat pada hari jumaat iaitu pada tarikh 1 Julai 2016 yang bertempatkan di Dewan Bestari KVDSMZ.


Majlis dimulakan sebaik sahaja para pelajar dan pensyarah berkumpul di Dewan Bestsari pada jam 8.00 pagi dan memulakan bacaan yasin dan tazkirah pada jam 8.10 pagi. Majlis diteruskan lagi dengan majlis khatam Al-Quran yang bermula pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan ucapan puan Baiha bt Haron dan ucapan perasmian penutup program Ihya Ramadhan oleh pengarah KVDSMZ iaitu Tuan Haji Marzuki Bin Kemi. Untuk meneruskan majlis tersebut, majlis penyampaian cenderamata kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam majlis Katham Al-Quran telah diadakan. Majlis telah diakhiri pada jam 12.00 tengahari.

Mesyuarat Agung PIBG KVDSMZ kali ke-40 Tahun 2016


Pada hari Jumaat bertarikh 1 April 2016 bertempat di Dewan Bestari KVDSMZ telah dilangsungkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Koh Nai Kwong iaitu ahli parlimen Alor Gajah. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Cik Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan bacaan doa.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan gamelan daripada ahli kelab gamelan kolej diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG, ucapan Tuan Pengarah Kolej dan ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat. Kemudian, Tetamu Kehormat turut merasmikan pembukaan Taman Teknologi  Kolej.
Majlis seterusnya diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah. Beberapa perkara berbangkit telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Majlis berakhir pada jam 12.10 tengahari.

PROGRAM INTERVENSI SEDAR JAYA 2016

 

            Anjuran Bahagian Akademik KVDSMZ, Program Intervensi Sedar Jaya 2016 telah diadakan. Majlis diadakan pada 1 April 2016 iaitu pada hari Jumaat bertempat di Dewan Harmoni KVDSMZ.

            Program Sedar Jaya adalah program pertemuan antara ibu, bapa atau penjaga, pelajar dan pensyarah pembimbing bagi membincangkan hal pembelajaran, pelaksanaan pentaksiran berterusan (PB), masalah ketidakhadiran serta sahsiah pelajar. Program ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mengetahui hala tuju masa depan berwawasan kea rah kecemerlangan akedemik dan sahsiah.


            Program dimulakan dengan pendaftaran ibubapa/penjaga pada jam 8.00 pagi dan diteruskan dengan taklimat program. Program diteruskan dengan ibubapa/penjaga, pelajar dan pensyarah pembimbing dan bersurai pada jam 10.00 pagi.

MAJLIS PERSARAAN EN. LIEW ENG KUANG

        

Pada hari Rabu iaitu pada tarikh 20 April 2016 bertempat di Dewan Harmoni KVDSMZ, telah djalankan majlis Persaraan En. Liew Eng Kuang. En. Liew Eng Kuang lahir pada 21 April 1958 di Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan nama ibu beliau ialah Liew Nee Lan. Beliau mempunyai seorang isteri yang berasal daripada Jepun yang bernama Pn. Betty Robert dan beliau mempunyai seramai 3 orang anak iaitu 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

            Beliau pernah mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Meru, Klang, Selangor dari tahun 1965 sehingga tahun 1970 dan bertukar ke High School Kelang, Selangor daripada tahun 1971 sehingga tahun 1977. Kemudiannya beliau dipindahkan ke Universiti Malaya dan mengajar pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Sains Sosial dari tahun 1978 hingga tahun 1981 dan mengajar pelajar Diploma Pendidikan daripada tahun 1981 sehingga tahun 1882.


            Majlis bermula pada jam 10.30 pagi setelah pelajar berkumpul di dewan dan ketibaan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan Perarakan kemasukan tetamu dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan tayangan video dan ucapan daripada yang dirai iaitu En. Liew Eng Kuang disertai dengan ucapan pengarah KVDSMZ. Seterusnya penyampaian cenderahati dan tandatangan buku memori disertakan dengan jamuan di kantin asrama. Majlis diakhiri dengan upacara thumbprint dan send off. Majlis bersurai pada jam 12.45 tengahari.

MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG, WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN EXCO ASRAMA 2016



Bertempatkan di Dewan Harmoni Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Majlis guru penyayang, watikah pelantikan pengawas, pembimbing rakan sebaya, dan exco asrama 2016 diadakan pada hari Isnin bersamaan 1 Februari 2016 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Marzuki Bin Kemi iaitu pengarah KVDSMZ.Majlis ini dapat dijalankan dengan anjuran dan kerjasama Bahagian Sokongan Akedemik, Unit Psikologi & Kerja, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Asrama.
           
            Barisan Pentadbir, Ketua Jabatan, Kaunselor, Guru disiplin, Guru bertugas berada di pintu pagar kolej menyambut pelajar memulakan majlis dan perhimpunan rasmi dimulakan pada jam 8.00 pagi. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan lagu Kolej bersertakan dengan bacaan ikrar dan Laporan Pensyarah bertugas. Kata-kata aluan daripada pengacara majlis diiringi dengan bacaan doa sebagai penerus majlis. Bagi menyempurnakan majlis, Ucapan perasmian oleh pengarah KVDSMZ dan penyempurnaan Gimik pelancaran oleh pengarah KVDSMZ.





            Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, PRS dan EXCO Asrama diteruskan bagi menyempurnakan majlis diiringi dengan Bacaan ikrar pemimpin daripada Pengawas, PRS dan EXCO Asrama. Majlis diakhiri dengan membuat sambutan hari lahir pelajar dan pensyarah bagi bulan Disember, Januari dan Februari iaitu dengan memotong kek hari lahir dan pemberian hadiah kepada pelajar dan pensyarah diiringi dengan penyampaian cenderahati.

MINGGU HALUAN PELAJAR 2016




            Pada tarikh 26 Januari 2016 hingga 28 Januari 2016 iaitu pada hari selasa sehingga khamis telah dijalankan program minggu haluan pelajar tahun 1 SVM 2016 anjuran Bahagian Sokongan Akedemik dan Unit Psikologi & Kerjaya KVDSMZ. Program ini berjalan bermula daripada 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

            Minggu haluan pelajar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat dan komitmen anak-anak pelajar yang menerusi pelajaran mereka di KVDSMZ peringkat pra-diploma. Pelbagai program yang berinformatif dilaksanakan agar dapat memantapkan empat aspirasi pelajar KVDSMZ iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin/kerjaya dan kecerdasan rohani atau spiritual.


            Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memenuhi program ini. Antara program tersebut adalah seperti Ice Breaking Kaunselor/PRS, Taklimat Disiplin, Taklimat Akedemik, Team Building Kerjaya Pilihan Kaunselor/PRS, Gotong Royong Perdana dan sebagainya.