Khamis, 10 November 2016

PERATURAN PERPUSTAKAAN KVDSMZ

PERATURAN PERPUSTAKAAN

PAKAIAN

Waktu Persekolahan

1. Pakaian seragam kolej yang lengkap.
2. Memakai selipar adalah dilarang.
3. Merekodkan kemasukan di dalam buku catatan di kaunter.

Semasa Berada Di Dalam Perpustakaan

1. Tidak boleh membuat bising.
2. Berkelakuan sopan.
3. Menjaga bahan bacaan dan perabot perpustakaan dengan baik.
4. Tidak dibenarkan makan, minum dan tidur di perpustakaan.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan tanpa iringan pensyarah semasa P&P.

Sebelum Meninggalkan Perpustakaan

1. Menyusun semula kerusi yang telah digunakan.
2. Meletakkan buku yang telah digunakan di troli buku.
3. Meletakkan semula bahan bacaan seperti majalah dan buletin di tempatnya.

Peminjaman dan Pemulangan Buku

1. Pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja pada setiap kali peminjaman.
2. Tempoh pinjaman buku adalah selama seminggu.
3. Tidak dibenarkan meminjam buku menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.
4. Waktu peminjaman dan pemulangan buku:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari

        Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tengah hari

5. Pinjaman pukal boleh dilakukan oleh pensyarah dan tempoh pinjaman adalah selama satu minggu.
6. Memastikan buku yang dipinjam dijaga dengan baik.
7. Segala urusan peminjaman dan pemulangan hanya dijalankan di kaunter perkhidmatan sahaja.

Denda

1. Ahli yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda sebanyak RM 0.20 sehari bagi setiap buku.
2. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam dikehendaki membayar berdasarkan harga buku tersebut.

WanzPeace & Syafiq

0 Komen :